MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MERAWAT |
Allah s.w.t Yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana telah menjadikan manusia sebaik-baik kejadian serta menganugerahkan akal fikiran untuk menilai kebaikan atau keburukan.
Darah yang tidak lancar pasti akan menjejaskan sistem metabolik badan, serta menyebabkan bermacam-macam simptom didalam badan yang dikenali sebagai sub-kesihatan.
AWASI SIMPTOM SUB KESIHATAN |
APA SEBAB KITA JADI TIDAK SIHAT?
Rasulullah s.a.w ada bersabda "Segala penyakit berpunca daripada perut" membawa maksud apa jua yang kita makan atau minum akan masuk kedalam perut justeru menghasilkan darah. Kesemua makanan yang bercampur berbagai-bagai bahan luaran menjadi penyebab utama darah jadi kotor, tidak lancar serta sekaligus mengganggu kestabilan sistem badan dan organ-organ.
Apabila darah tidak lancar ia akan menjejaskan sistem metaboloik badan lalu menghasilkan bermacam-macam simptom didalam badan yang dikenali sebagai sub-kesihatan.
Apa dia simptom sub-kesihatan :-
- Kebas-kebas
- Sering berdebar-debar
- Telinga berdengung
- Lesu dan cepat mengantuk
- Angin banyak dalam badan
- Tercungap-cungap menaiki tangga
- Sakitdan rasa tidak selesa di bahagian dada
- Berpeluh-peluh dalam keadaan cuaca yang tidak panas
- Mudah letih walaupun tidak melakukan aktiviti
Apakah punca darah tidak bergerak lancar?
Saluran darah yg kotor , diselaputi dengan 'plaq' dan lemak serta semakin sempit tercetusnya PUNCA kepada segala penyakit yang sangat ditakuti, terutamanya Jantung, darah tinggi, strok dan buah pinggan
PEMBENTUKAN ATEROSKLEROSIS |
MasyaAllah , mari kita ambil kira faktor umur kita sekarang, besar kemungkinan banyak plaq yang telah terbina lalu menyebabkan sumbatan dalam saluran darah. Maka saluran darah yang tersumbat akan menyukarkan peredaran darah yang sedang membawa oksigen ke seluruh sel dan ini boleh mengundang pelbagai penyakit!
Punca lain yang biasa kita ketahui :-
- Berkolesterol tinggi
- Pemakanan tidak seimbang
- Makanan mengandungi pengawet, perasa dan pewarna tiruan
- Makanan yang terlampau manis atau masin
Saki-baki makanan yang berlebihan tadi akan tertinggal dalam badan bila ianya tidak dinyah keluarkan dengan sempurna dan mengganggu sistem pencernaan badan. Bahan-bahan ini seterusnya akan larut dalam darah sebagai toksid lalu menyebabkan darah menjadi pekat dan tidak lancar.
MEROKOK BOLEH MENYEBABKAN DARAH MENJADI PEKAT |
Darah yang pekat dan kotor akan menjejaskan semua sistem badan , sekaligus akan menghasilkan berbagai-bagai penyakit yang berkait dengan darah, saraf, organ serta lain-lain.
Justeru itu apa jua yang terlarut dalam darah kita selain dari apa yang sepatutnya mengikut keperluan sebenar badan kita haruslah dikeluarkan dengan kadar segera kerana boleh mengundang berbagai-bagai penyakit.
Kenapa kita perlu bersihkan darah?
Apabila darah bersih maka :-
- Tubuh badan menjadi sihat
- Organ-organ jadi cergas
- Minda yang sempurna
- Jiwa yang tenang serta hati yang sihat akan mengalir zikrullah bersama oksijan disegenap urat saraf sehingga ke saraf paling halus sekalipun, in sya Allah
HARGAI NIKMAT SIHAT |
Darah dipam berulang-alik masuk dan keluar kepada setiap organ-organ badan kita , sekaligus mempengaruhi sistem metabolik badan, sistem imun, antibodi, sistem saraf, hormon dan sebagainya.
Bagi memastikan sistem metabolik ini berfungsi dengan baik kita amat sangat memerlukan darah yang bersih dan lancar dengan kandungan oksijan serta zat yang diperlukan secukupnya dan mempunyai kadar kecairan yang sesuai.
Subhanallah adalah menjadi tanggung-jawab kita menjaga amanah yang dipinjamkan ini.
Bagaimana caranya?
KESIHATAN ITU KEKAYAAN |
Berbagai-bagai cara bagi memastikan darah berjalan lancar samada melalui senaman, riadah dan sentiasa menjaga kebersihan badan. Bagi membersihkan dalaman badan , kita perlu makan ubat atau herba, itu adalah tugas atau tanggung-jawab kita. Darah yang bersih akan melancarkan sistem metabolik badan, sekaligus akan menghasilkan antibodi bagi melawan penyakit, in sya Allah.
Manusia dijadikan daripada tanah dan pastinya akan kembali menjadi tanah bila mati kelak. Nabi Adam a.s. diajar bercucuk tanam untuk menjalani kehidupannya dimuka bumi ini, beliau lah manusia pertama yang menafaatkan tumbuhan sebagai punca rezeki dan zat yang diperlukan oleh badan manusia.
Sehubungan itu tumbuhan dan hasil tumbuhan jualah yang memberikan kita tenaga, meningkatkan kekebalan badan dan menangkis segala serangan penyakit. Tumbuhan amat
berguna bagi membekalkan tenaga, zat, melancarkan perjalanan darah dan membekal oksijan yang diperlukan oleh badan. Tumbuhan jualah yang menjadi ejen pembersih darah.
Maka tumbuhanlah pilihan terbaik bagi meningkatkan kualiti kesihatan hidup seseorang.
Wajib jaga kesihatan Anda kerana ia amat penting dan berharga serta tidak dapat dibeli dengan wang ringgit!
(Artikel Terkini : Herba Melancarkan SALUR DARAH)
Setiap orang perl memohon kepada Allah swt untuk mengembalikan kesihatan kita namun terlebih dahulu kita perlulah bersihkan dalaman badan kita dulu sebagai tanda melaksanakan amanah kita kepadaNya.
TUMBUH-TUMBUHAN HERBA UTK BADAN |
Herba pilihan terbaik untuk manusia
Subhanallah apabila dalaman kita bersih, bebas dari kandungan toksid, kimia, dadah atau apajua samada berpunca dari bahan pengawet makanan atau ubat-ubatan moden akan menghasilkan satu situasi kyusuk dan rasa manis bila berdoa, solat, wirid atau apa-apa amalan soleh. Dikala inilah doa kita mudah dimakbulkan, in sya Allah.
Di Post oleh tasly selayang centre
ALHAMDULILLAH KELUARGA SIHAT |
Hj Naziff Mokhtarf
hjnaziff.blogspot.com
017-3227553